APA ITU REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA?

    

PENGENALAN

    Topik ini membincangkan berkenaan reka bentuk kurikulum di Malaysia yang menggabungkan 4 orientasi dan 4 pola interaksi. Orientasi reka bentuk kurikulum meliputi akademik, murid, masyarakat, dan eklektik.Manakala pola reka bentuk pula melibatkan komponen perancangan, objektif, proses dan hasil. Reka bentuk kurikulum Malaysia menggunakan model objektif/ rasional oleh Tyler yang menunjukkan interaksi secara linier di antara objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Dalam hal mengorganisasi kurikulum pula, terdapat 5 prinsip yang disusun dalam 2 dimensi iaitu dimensi menegak (prinsip turutan dan kesinambungan), dan dimensi mendatar (prinsip integrasi, imbangan dan skop).

    Reka bentuk dan model kurikulum merupakan suatu alternatif prosedur dalam merangka, menerapkan dan menilai suatu kurikulum, Tyler (1949). Model kurikulum adalah model rasional Tyler yang dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut teori Tyler, terdapat 4 soalan asas iaitu what educational purpose should the school seek to attain? What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes ? How can these educational experiences be effectively organized? How can we determined whether these purpose are being attained?

    Menurut Tyler lagi, Model Tyler merupakan satu model dalam pendekatan teknikal saintifik yang terbaik. Buku yang bertajuk Basic Principles of Curriculum and Instruction yang diterbitkan beliau (1949) telah menggariskan rasional bagi menyelidik  masalah-masalah kurikulum dan pengajaran.























    Berdasarkan topik Reka Bentuk Kurikulum Malaysia, kami telah menggunakan platform Quizziz sebagai tempat untuk menguji kefahaman para pelajar berdasarkan kuiz yang telah kami sediakan. Quizziz ini bertujuan untuk memastikan aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih menarik. Selain itu, kuiz ini juga dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami topik ini setelah kumpulan kami membentangkan mengenai topik yang telah diberikan iaitu Reka Bentuk Kurikulum Malaysia. Tambahan lagi, kami juga telah membina blog supaya penerangan tentang topik yang diberi dapat diterangkan dengan lebih jelas dan mendalam. Seujurus tamatnya pembentangan kami, pautan untuk menjawab kuiz akan dipaparkan secara kod QR dan akan diakses oleh setiap pelajar.

Tekan pautan atau scan Qr Code di bawah untuk menjawab kuiz yang disediakan berkenaan topik ini. Semoga berjaya. Selamat menjawab.


TEKAN DI SINI👇

PAUTAN KE KUIZ

atau


TERIMA KASIH DAN JUMPA ANDA DI KUIZ.😎




 

Comments