APA ITU REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA?
PENGENALAN Topik ini membincangkan berkenaan reka bentuk kurikulum di Malaysia yang menggabungkan 4 orientasi dan 4 pola interaksi. Orientasi reka bentuk kurikulum meliputi akademik, murid, masyarakat, dan eklektik.Manakala pola reka bentuk pula melibatkan komponen perancangan, objektif, proses dan hasil. Reka bentuk kurikulum Malaysia menggunakan model objektif/ rasional oleh Tyler yang menunjukkan interaksi secara linier di antara objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Dalam hal mengorganisasi kurikulum pula, terdapat 5 prinsip yang disusun dalam 2 dimensi iaitu dimensi menegak (prinsip turutan dan kesinambungan), dan dimensi mendatar (prinsip integrasi, imbangan dan skop). Reka bentuk dan model kurikulum merupakan suatu alternatif prosedur dalam merangka, menerapkan dan menilai suatu kurikulum, Tyler (1949). Model kurikulum adalah model rasional Tyler yang dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan ...